Monday 15 October 2012

Apa Itu Xeronine




Xeronine merupakan sejenis alkaloid yang dihasilkan oleh tubuh manusia untuk mengaktifkan enzim-enzim untuk berfungsi lebih sempurna, tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga tidak dapat dianalisa oleh teknik analisa yang lazim dilakukan di makmal. Inilah yang mengakibatkan Xeronine sangat sukar dikesan. Disamping itu Xeronine yang dihasilkan sangat cepat digunakan oleh tubuh sehingga tidak tesisa di dalam darah.

Dr. Ralp Heinicke, adalah seorang penyelidik terkemuka yang melakukan kajian bahan aktif dalam buah mengkudu / pace / noni. Beliau lulusan dalam bidang Biokimia daripada Universiti of Minessota dan lulusan Electro dari Universiti of Kentucky, Lexington.

Dr. Heinicke menetap di Hawaii pada tahun 1950 sampai dengan tahun 1986, dan melakukan kajian untuk Dole Pineapple Company, sebuah syarikat ubat-ubatan, kerjasama antara Jepun dan Universiti Hawaii. Dr. Heinicke pertama kali menemui sebatian aktif dalam buah noni pada saat ia ditugaskan untuk mencari kegunaan perubatan dari enzim bromelain, yang banyak terdapat pada buah nanas. Selama penelitiannya, ia kemudian berjaya mengenalpasti satu jenis sebatian alkaloid baru yang ia beri nama Xeronine.

Pada Disember 1981, Dr. Heinicke mempatenkan penemuannya tersebut sebagai alkaloid baru. Beliau mula melakukan penyelidikan di Dole, dan mencari suatu bahan yang dinamakan Proxeronine. Rupanya kemudian diketahui bahawa tidak ada mahkluk dapat hidup atau tumbuh tanpa Proxeronine, sayangnya bahan ini sangat sukar didapati (diisolasi).

Proxeronine ini merupakan prekusor (zat pembentuk) Xeronine yang merupakan zat yang sangat diperlukan oleh mahkluk hidup. Persediaan Proxeronine disimpan di dalam hati dan setiap 2 (dua) jam otak memberikan isyarat untuk melepaskan persediaan Proxeronine yang kemudian diserap oleh organ tubuh dan diubah menjadi Xeronine.
Tetapi banyak perkara boleh meningkatkan keperluan akan Xeronine seperti penghambatan aktiviti sel-sel prekanker yang abnormal, masalah-masalah kesihatan baik masalah fizikal maupum emosional, jangkitan kulat, racun-racun dan sebagainya. Oleh kerana itu persediaan Proxeronine perlu dipertingkatkan agar keperluan Xeronine dapat dipenuhi.

Semakin bertambah usia kita, kadar Xeronine semakin berkurang, padahal keperluannya semakin meningkat. dalam hal ini Noni sangat membantu kerana Noni mengandungi banyak sekali atau kaya dengan kandungan Proxeronine yang merupakan bahan pembentuk Xeronine.

Rujuk Produk Ekstrak Enzim Noni dari LivYoung.

No comments:

Post a Comment