Monday 3 June 2013

Enzim dan kepentingannya kepada tubuh

Apakah itu Enzim?
Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisma dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna

Sumber Enzim
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Tetapi agak sukar untuk kita perolehi sayuran segar tanpa penggunaan racun tanaman. Malah peredaran masa mendorong ramai dari kita untuk mengambil makanan yang dimasak atau diproses secara tidak sihat seperti makanan segera dan makanan dalam tin yang pastinya tidak mempunyai enzim.

Apa berlaku jika kekurangan Enzim
Enzim sangat penting untuk badan. Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan tumbesaran terbantut, menghalang proses penghadaman dan penghasilan tenaga, mengganggu proses penyembuhan penyakit dan lain-lain lagi.
Keperluan penambahan Enzim dalam tubuh
Lazimnya semakin usia meningkat, kebanyakan proses di dalam badan yang dahulunya akif akan semakin menurun dan berkurangan.
Enzim sangat penting kerana ia mampu bertindak sebagai kunci bagi menjana fungsi metabolisma dalam badan. Badan kita membekalkan enzim yang terhad, yang mana akan semakin berkurang sekiranya kita tidak menambah melalui pengambilan makanan yang mengandungi enzim.
Semakin meningkat usia, kedua-dua enzim penghadaman dan enzim metabolisma dalam badan kita turut terjejas.
Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan makanan yang mengandungi enzim dalam diet seharian.

Proses penghadaman yang tidak sempurna akan menyebabkan masalah usus dan toksik yang beracun dalam tubuh kita. Ini mengakibatkan hati kita terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyahtoksik.

No comments:

Post a Comment