Badan kita terdiri dpd
60% cecair manakala organ terpenting iaitu otak pula mengandungi 75% air. Lihat
betapa pentingnya air kepada tubuh kita.
Pengambilan air yang
mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam
keseimbangan tubuh.
Antara fungsinya ialah:
1) Memastikan tubuh sentiasa terhidrat
dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
2) Memastikan supaya organ2 spt hidung,
mulut ,mata, kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dgn baik,
melancarkan proses dalam tubuh.
3) Mengurangkan bebanan kerja buah
pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air
kencing.
4) Air adalah agen pembawa nutrient dan
oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
5) Air bertindak sbg pelincir pada sendi2
dan amalan meminum air pada jumlah yg mencukupi dpt menghindari serangan
penyakit sendi dalam jangka panjang.
6) Air juga melarutkan mineral dan
nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
7) Mencergaskan tubuh anda dan berasa
ringan sekaligus membantu proses mengurangkan berat badan.
FORMULA pengiraan bagi
mengetahui jumlah air yg perlu diminum:
Sebanyak 1 liter untuk
setiap 25kg berat badan.
Contoh katakan berat
badan anda 75kg, maka jumlah air yang perlu diminum :-
1liter – 25kg
75kg / 25kg = 3 liter
air #
Tanda2 badan terhidrat :
Air yg diminum keluar
dari badan menerusi pelbagai mekanisma tubuh. Dianggarkan 1.5 liter dikeluarkan
sbg kencing, 1 liter lg terbebas menerusi perpeluhan,pernafasan &
penghadaman oleh usus.
Badan yg tidak mendapat bekalan air secukupnya akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi & keletihan.
Cara pengambilan air yg
betul:
1) Meminum air pada kuantiti yg banyak
sekaligus adalah cara yg salah kerana bdan tidak mendapat bekalan air yg
berterusan untuk menampung pelbagai proses dlm tubuh sepanjang hari.
2) Maka, jadikanlah rutin meminum segelas
air setiap stgh jam. Usah tunggu haus untuk minum.
3) Bagi yg mengalami cirit-birit &
muntah, anda perlulah meminum air lebih dari jumlah biasa. Begitu juga ibu
hamil atau ibu yg menyusukan bayi. Pengidap batu karang atau jangkitan pada
pundi kencing juga perlu meminum lebih air untuk memulihkan kualiti kesihatan.
4) Manakala pesakit kegagalan hati & buah
pinggang pula perlu merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh
diambil kerana amnya mereka tidak boleh meminum air dlm kuantiti yg banyak.
5) Mereka yg bersenam disarankan meminum
air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk memastikan anda mendapat bekalan
air yg mencukupi dan menggantikan air yg keluar menerusi perpeluhan.
Tips
1) Untuk mengetahui samada anda sudah
meminum air secukupnya, perhatikan warna air kencing anda. Sekiranya warna
jernih, anda sudah menerima air secukupnya. Sebaliknya jika warna air kencing
keruh @ kekuningan, maka jumlah air keperluan tubuh anda belum mencukupi.
2) Awas! Meminum air terlalu banyak pula
boleh menyebabkan jumlah elekrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan
elektrolit yg hilang, anda disarankan meminum minuman isotonic atau menambah
secubit garam dalam air kosong sebelum minum.
3) Sekiranya anda mengambil makanan tambahan, anda juga disarankan meminum lebih air.
Gud info.tq for sharing,.
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDelete