GMP :-
Secara umumnya Good Manufacturing Practice (GMP) adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya.
GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
Walaubagaimanapun, tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontiminasi yang was-was.
IMP :-
Islamic Manufacturing Practice (IMP) pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam. IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:
1. IMP - Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal