Opps
.. betul juga ye .. antara saya dan suami, nyamuk lebih suka menyerang
suami kerana dia kerap berpeluh.
Sila
baca petikan akbar KOSMO ini..
Profesor di Universiti Florida, Amerika Syarikat,
Dr Jerry Butler menjelaskan tentang persoalan kriteria yang disukai
nyamuk pada mangsa gigitannya.
Menurutnya beberapa elemen pada tubuh manusia
mengeluarkan akses kimia pada permukaan kulit dan itu menarik perhatian nyamuk.
Mereka yang mempunyai kepekatan steroid atau
kolesterol yang tinggi pada kulit membuatkan nyamuk mudah mencari sasaran.
Namun ia tidak bermakna nyamuk tahu paras
kolesterol seseorang, sebaliknya orang tersebut mungkin memproses kolesterol
tubuh dengan lebih efisien seterusnya sedikit sebanyak terkumuh melalui
perpeluhan.
Nyamuk juga mensasarkan orang yang mempunyai lebih
asid tertentu seperti asid urik. Selain itu, serangga pembawa penyakit itu
turut mendapat isyarat melalui pergerakan dan haba tubuh selain pelepasan
karbon dioksida seseorang.
Maka, jika hendak melepak di tempat terbuka anda
mungkin perlu memilih tempat yang segar dan tenang, berbanding di kedai makan
dipenuhi pelanggan yang baru pulang dari gelanggang futsal .. J
INFO NYAMUK
Terdapat 4
spesis nyamuk yg dikenalpasti sebagai
pembawa penyakit di Malaysia :
1.
Nyamuk aedes -> demam denggi
2.
Nyamuk culex -> Japanese encephalitis (JE), cikungunya
3.
Nyamuk mansonia -> filariasis / untut / kaki gajah
4.
Nyamuk anopheles(tiruk) -> malaria
Kedai Kami juga ada menjual Kelambu Khemah sebagai langkah menghindari nyamuk.
No comments:
Post a Comment