Monday 4 February 2013

Awasi pengambilan vitamin anda

Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin, mereka juga harus mengambilnya dengan bijak. Dengan kata lain, perlulah mendapatkan info yang cukup tentang dos dan kesan vitamin kepada badan. 
Menurut pengasas Institute for Optimum Nutrition, Patrick Holford, jika mahu mengambil vitamin, anda perlu mengikut beberapa peraturan seperti berikut :-

1- Jangan mengambil vitamin A dalam dos yang terlalu banyak. Jika anda mengandung atau dalam proses untuk hamil, ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi anda.

2- Awaslah dengan kesan sampingan selepas mengambil vitamin B3 (niacin). Ia boleh membuatkan anda berasa panas dan gatal selepas memakannya. Jika ini berlaku, kurangkan pengambilan atau bahagi 2 dos tersebut.

3- Elakkan pengambilan kuantiti vitamin C terlalu tinggi. Kesannya perut anda akan meragam seperti anda memakan julap.


Sumber : Mingguan Wanita October 2002

No comments:

Post a Comment